Saturday 28 June 2014

Resepi Kuih Bakar Pandan Tradisional



RESEPI KUIH BAKAR PANDAN TRADISIONAL


 

PENGENALAN

'Kuih bakar adalah sejenis kuih tradisional Melayu. Ia biasanya bewarna hijau kerana menggunakan daun pandan sebagai pewarna. Ia juga berbau harum wangi pandan. Kuih bakar biasanya agak manis dan berasa telor.

Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu. Kuih ini juga dikenali sebagai bahulu kemboja. Kuih ini berbentuk bulat dan ditabur bijan di atasnya. Ia sangat bersesuaian, enak serta sedap dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi, minum petang atau pencuci mulut bagi majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih bakar ialah tepung gandum, pati santan, telur, minyak sapi, bijan dan bahan perasa dan pewarna secukupnya. Cara resepi kuih bakar pandan tradisional ini ialah menggunakan acuan khas dan ia dibakar dengan dapur arang.

Resepi kuih bakar pandan tradisional memang popular di kalangan komuniti masyarakat Melayu negara ini. Rasanya yang enak, manis dan bertekstur lembut menjadikannya sesuai dibuat santapan ringan untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut.Walaupun terdapat pelbagai jenis kuih moden muncul di pasaran, namun makanan tradisional ini masih terus diterima baik.

Ia biasanya dijual di pasar-pasar malam dan juga bazar-bazar jualan pada hujung minggu.Mencari peluang mempromosi kuih bakar secara komersial, ia kini disediakan dalam bentuk sejuk beku.

Kuih pandan ni memang sesuai buat makan petang atau time breakfast. Sesiapa otak geliga tue memang sesuai buat bisnes jual kuih bakar pandan hantar ke kedai. InsyaAllah banyak untung.Kalau ada yang tak suka perisa pandan tue, boleh skip je part letak jus pandan

Kuih Bakar merupakan salah satu kuih tradisional yang masih terkenal pada era 2020 ini. Ianya sangat terkenal terutamanya dalam kalangan orang melayu, Pada zaman dahulu, kuih bakar amat sukar untuk dibuat kerana tiada mesin khas untuh membuat kuih bakar ini. Tetapi pada hari ini, ianya semudah abc. Semuanya terletak hanya di hujung jari anda. Pokok pangkalnya sama ada rajin atau malas.

Kuih Bakar ini sangat sesuai untuk dimakan pada bila bila masa. Sama ada untuk minum petang ataupun untuk dijadikan sebagai pencuci mulut di majlis majlis yang tertentu.Jika dilihat dengan mata kasar, kuih ini sangat mudah untuk dibuat, namun ada berberapa teknik yang perlu diikut agar anda dapat membuat kuih bakar yang anda idam idamkan. Di sini, saya ingin berkongsikan kepada anda cara cara untuk membuat kuih bakar. Kuih Bakar ini dinamakan Kuih Bakar pandan tradisional.

 

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN TRADISIONAL


Bahan-bahannya

·         1 mangkuk telor ayam

·         tiga suku mangkuk tepong gandum

·         1 mangkuk gula (Kjee kurangkan dua sudu besar)

·         1 mangkuk pati santan

·         10 helai daun pandan yang tua

·         minyak sapi

·         acuan kuih bakar

Cara :

1.      Daun pandan dicuci bersih, racik dan dikisar guna air sedikit sahaja. Cukup untuk gerakkan mesin pengisar. Kemudian ditapis airnya dan dicampur bersama santan. Kalau guna daun pandan yang hijau dan tua, tidak perlu tambah pewarna. Kjee tidak suka tambah. Biarkan dalam warna asal. Suka sangat baunya.

2.      Satu mangkuk telor diblend bersama gula. Ini kerja mudah. Kerja tak mudah, telor dipukul sampai kembang guna whisk kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.

3.      Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan pati daun pandan. Kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Jaga jangan bergentel. Kalau bergentel, tapis adunan.

4.      Panaskan oven 180 darjah.

5.      Kjee guna acuan kuih bakar tembaga. Panaskan acuan itu diatas dapur gas. Kecikkan api dan bubuh setengah suduh besar minyak sapi. Kalau suka boleh guna majerin tetapi rasanya masin. Apabila minyak sapi cair, perlahankan sedikit api.

6.      Kacau adunan tadi hingga sebati dan tuangkan hingga ke paras tiga suku acuan kuih bakar. Jangan penuh sangat. Masak atas dapur gas sampai tepinya agak berkerak. Kemudian dibakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.